PUTRAJAYA: Chamrun Digital melalui anak syarikatnya, Chamrun AI, telah bekerjasama dengan Kementerian Digital bagi menganjurkan seminar praktikal yang bertujuan mempercepatkan penerapan teknologi Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) dalam sektor awam Malaysia.
Seminar sehari bertajuk “Memperkasa Transformasi Sektor Awam Malaysia melalui Generative AI” telah diadakan di ibu pejabat Kementerian Digital dan menghimpunkan lebih 180 pegawai kanan daripada 28 kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Ia merupakan antara sesi latihan AI terbesar seumpamanya pernah dianjurkan untuk penjawat awam.
Latihan tersebut merangkumi topik utama termasuk Agenda Kecerdasan Buatan Kebangsaan, pengenalan kepada Generative AI (Gen AI) dan penyelesaian berasaskan LLM, peranan serta seni bina AI Agent dan Agentic AI, serta demonstrasi praktikal model Retrieval-Augmented Generation (RAG) yang direka khusus untuk keperluan sektor awam.

Para peserta turut terlibat dalam sesi interaktif berasaskan kes penggunaan sebenar, yang menunjukkan bagaimana AI boleh digunakan bagi menambah baik penghasilan dasar memperkemas operasi, meningkatkan penglibatan rakyat dan penyampaian perkhidmatan digital.
Pendekatan seminar kaedah praktikal ini, membolehkan pegawai kerajaan merasai sendiri bagaimana penggunaan ejen AI binaan khas dan platform agentik Chamrun AI, berupaya mempertingkatkan penggubalan dasar berasaskan data, serta mengautomasikan aliran kerja kompleks secara selamat pelayan dalaman kerajaan.
Kerjasama antara Chamrun Digital dan Kementerian Digital ini mencerminkan komitmen kukuh dalam memperkukuh tadbir urus digital negara serta, memperlengkapkan penjawat awam dengan kemahiran teknologi terkini agar is digunakan secara bertanggungjawab dan berkesan
“Kami berbangga dapat menyokong visi Kementerian Digital dengan memperkasakan penjawat awam melalui peralatan AI terkini serta pengetahuan strategik.
“Ini hanyalah permulaan, kerjasama berterusan ini akan memastikan Malaysia terus berada di barisan hadapan dalam inovasi sektor awam berasaskan AI,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Chamrun Digital, Adj. Prof. Dr. Behrang Parhizkar – Hani.

Program ini menerima maklum balas yang amat positif daripada para peserta yang menekankan kesan transformasi seminar tersebut. Ramai turut menyatakan keyakinan lebih tinggi untuk meneroka penggunaan alat Gen AI dalam menambah baik fungsi kerajaan serta terinspirasi dengan penyelesaian praktikal yang ditunjukkan sepanjang sesi.
Sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjangnya, Chamrun AI mengumumkan bahawa seminar ini merupakan yang pertama dalam siri latihan praktikal AI peringkat nasional yang akan dilaksanakan bersama pelbagai pihak kerajaan sepanjang tahun 2025 dan seterusnya. – UTUSAN