KUALA LUMPUR: Seorang buruh warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini semalam atas pertuduhan mengedar syabu melebihi 20 kilogram (kg), bulan lalu. Tertuduh, Munzir Abdurrahman, 50, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Normaizan Rahim. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 20.9kg di tempat letak kenderaan sebuah…