ATM semarak semangat patriotik di Pulau Banggi

ATM semarak semangat patriotik di Pulau Banggi

SEORANG anggota tentera membantu pelajar memasang bendera di salah sebuaj sekolah di Pulau Banggi, Kudat, Sabah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUDAT: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus memperkukuh semangat cinta negara dalam kalangan murid sekolah rendah melalui program khas bertemakan kenegaraan.

Beberapa sekolah kebangsaan dalam Pulau Banggi di sini dipilih untuk tujuan itu antaranya SK Balambangan, SK Semayan dan SK Dogoton.

Program yang dijalankan pada Julai lalu merupakan sebahagian daripada inisiatif memperluas Jalinan Akrab Tentera-Awam (JATA) di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah.

Pulau Banggi dipilih oleh kerana ia pulau terbesar di Malaysia yang lokasinya strategik di mana SK Dogoton terletak berhampiran persempadanan antara negara.

Program Patriotisme dan Kenegaraan: Jiwa Merdeka di SK Dogoton

Pelaksanaan program selama satu hari itu melibatkan penyertaan lebih 96 murid bersama guru-guru dan anggota tentera daripada ATM.

Antara aktiviti utama yang berlangsung:

  • Pemasangan bendera Jalur Gemilang di kawasan sekolah.
  • Pemberian RBI (relation building item) kepada murid dan guru bagi mengeratkan jalinan.
  • Ceramah Kenegaraan bagi menyemai kecintaan terhadap pertiwi.
  • Pemasangan bendera Jalur Gemilang di sekitar kawasan perkampungan Pulau Banggi.
  • Aktiviti memasak bersama penduduk kampung Pulau Banggi.
  • Mendidik Anak Desa Tentang Erti Kedaulatan

Menurut pegawai penyelaras program, Leftenan Komander Mohd Faiz Zulkifli, objektif program adalah untuk menyemai rasa bangga dan setia kepada negara dalam kalangan generasi muda khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

“SK Dogoton terletak jauh dari pusat bandar dan perlu menaiki bot untuk sampai ke sini. tetapi semangat patriotisme tidak mengenal sempadan. Kanak-kanak di sekolah ini adalah pewaris negara dan mereka perlu didedahkan kepada sejarah serta nilai kenegaraan sejak awal,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan santai seperti ceramah kenegaraan dan pemasangan bendera membantu meningkatkan minat murid terhadap sejarah serta peranan ATM dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) terus memperkukuh semangat cinta negara dalam kalangan murid sekolah rendah melalui program khas bertemakan kenegaraan.

Reaksi Komuniti Sekolah: Inspirasi dan Harapan

Guru SK Dogoton, Erwan Abd Rahman menyambut baik usaha ATM dan berharap program seumpama ini dapat dijadikan acara tahunan.

“Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan kerana secara keseluruhan program ini banyak membantu anak-anak murid agar lebih mengenali negara seterusnya menyuburkan semangat patriotik dalam diri mereka,” ujarnya.

Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada

Program ini membuktikan bahawa semangat patriotisme boleh disemai dengan lebih berkesan melalui pendekatan turun padang, mesra komuniti dan interaktif.

SK Dogoton menjadi contoh bagaimana kerjasama antara ATM, sekolah dan masyarakat boleh membina jati diri kebangsaan sejak usia muda, terutama di kawasan luar bandar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN