SUBANG: Warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diseru agar terus memperkukuhkan kefahaman terhadap teknologi dan peperangan masa kini. Mantan Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, langkah itu mustahak memandangkan TUDM kini berada di ambang transformasi strategik. “Saya menyeru kepada seluruh warga agar teruslah menjadi barisan hadapan dalam menjayakan agenda TUDM kelak. Kukuhkan kefahaman terhadap teknologi dan peperangan masa kini serta akan datang. “Selain…










