JOHOR BAHRU: Seorang pengurus sumber manusia warga Singapura didenda sebanyak RM9,100 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah merosakkan kenderaan dan meludah muka seorang lelaki di Taman Sutera Utama, Skudai, di sini Ahad lalu. Majistret, A. Shaarmini turut memerintahkan Cheng Kuan Poh Colin, 40, dipenjara selama 12 bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa dengan niat menyebabkan kerugian dan kebinasaan harta iaitu merosakkan kereta BMW milik Ng Yeow Meng, 32, manakala pertuduhan kedua adalah meludah ke muka mangsa dengan maksud mengaibkannya. Kedua-dua kesalahan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya