Wanita 50-an didenda tarik seluar rakan sekerja

Wanita didenda kerana tarik seluar rakan sekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Mahkamah Korea Selatan mengenakan denda terhadap seorang wanita kerana melakukan salah laku seksual selepas menarik seluar rakan sekerja, termasuk seluar dalamnya secara tidak sengaja, di hadapan rakan lain.

Selain didenda 2.8 juta won (RM8,897), wanita berusia 50-an itu turut diarah menyelesaikan lapan jam kursus pendidikan pencegahan keganasan seksual.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Oktober tahun lalu di dapur sebuah restoran di wilayah Gangwon, di timur laut negara tersebut.

Mahkamah Daerah Chuncheon pada Sabtu menolak dakwaan wanita berkenaan, bahawa tindakannya hanya sekadar gurauan terhadap sekerja lelaki yang berusia 20-an.

Namun, mahkamah berkata ia mengambil kira hakikat bahawa wanita tersebut tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan menunjukkan rasa kesal.

Hakim berkata, wanita itu berlutut untuk memohon maaf kepada mangsa dan ibu bapanya.

Perbuatan menarik seluar seseorang atau pantsing, sudah lama diamalkan sebagai rutin lawak di pelbagai rancangan dan TV realiti di Korea Selatan.

Pada 2019, juara luncur laju trek pendek Olimpik Korea Selatan, Lim Hyo-jun digantung selama setahun selepas menarik seluar rakan sepasukan di hadapan pemain wanita lain.

Pada 2021, sekumpulan pelajar sekolah rendah di wilayah Jeolla Utara disiasat kerana membuli seorang budak lelaki di taman permainan, selepas ibu mangsa membuat laporan kepada polis bahawa seluar ditarik oleh kumpulan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN