BESUT: Seorang nenek terkilan tidak sempat berjumpa cucunya sebelum gadis itu menaiki bas yang terlibat nahas meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, semalam. Aisah Abdul Rahim, 67, berkata, lazimnya, cucu sulungnya Fatin Nasrien Fadli, 22, ‘wajib’ datang berjumpanya dahulu sebelum pulang ke kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selepas beraya di Kampung Kerandang, di sini. “Saya hanya mengetahui kejadian yang menimpanya setelah dimaklumkan…