PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan penggunaan wang berjumlah RM11 juta dalam bentuk digital dalam kes dana sukuk pembinaan lebuh raya oleh seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mendapati, sebaik dana sukuk diperoleh, sejumlah wang kemudian dimasukkan dalam akaun digital sebelum dibelanjakan untuk tujuan lain. Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan bagaimana wang itu dikeluarkan dan kemudian digunakan. “Kami (SPRM)…