SHAH ALAM: Syarikat KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak kontraktor yang gagal mematuhi perjanjian sehingga menyebabkan syarikat itu terpaksa menanggung saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Md. Tahir berkata, ketika ini pihaknya menilai kontraktor berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI) dan kontraktor yang mempunyai saman akan dipotong bayaran perkhidmatan selain dikenakan denda. Menurutnya, kontraktor bertanggungjawab terhadap tindakan undang-undang termasuk saman daripada pihak…










