PGA rampas 8.9 tan karkas babi yang diseludup dari Thailand

PGA rampas 8.9 tan karkas babi yang diseludup dari Thailand

SEBAHAGIAN karkas babi yang dirampas oleh PGA selepas menahan sebuah lori di Bukit Tandak, Rantau Panjang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 8.9 tan karkas babi yang diseludup dari Thailand selepas menahan sebuah lori di Kampung Bukit Tandak, di sini pada 19 Jun lalu.

Menerusi Op Taring Wawasan Kelantan pada pukul 4 petang itu, PGA turut menahan dua lelaki yang bertindak sebagai pemandu dan kelindan lori ditahan bagi membantu siasatan.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan lanjut ke atas lori itu membawa kepada penemuan 8.9 tan karkas babi dipercayai diseludup masuk ke negara ini dari Thailand.

“Semasa ditahan kedua-dua lelaki yang masing-masing berusia 37 dan 43 tahun gagal mengemukakan dokumen yang sah berkaitan barangan tersebut.

“Anggaran rampasan keseluruhan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM595,000,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN