Malaysia terus bekerjasama dengan AS, China, Jepun

Malaysia terus bekerjasama dengan AS, China, Jepun

ANWAR Ibrahim melawat reruai mengenai pembangunan Medini selepas menyampaikan ucap utama sempena Forum Nikkei Medini Johor 2025 di Iskandar Puteri, Johor, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Malaysia akan terus menjalin kerjasama ekonomi dengan negara-ne­ga­ra kuasa dunia walaupun ne­gara berada dalam blok atau pa­katan bertentangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, itu me­rupakan hak Malaysia seba­gai sebuah negara merdeka yang berasaskan perdaga­ngan.

Bagaimanapun katanya, Malaysia juga akan kekal bersuara menentang kezaliman dunia khususnya melibatkan pergola­kan antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada sesiapa boleh tentukan kerjasama kita sama ada dengan Amerika Syarikat (AS), China atau Jepun, ini kerana kita merupakan negara perdagangan.

“Namun begitu, walaupun kita negara kecil, kita tidak takut dan tidak akan berdiam diri dalam isu di Gaza, Ukraine mahupun di Iran ketika ini. Kita teguh menyokong keamanan dunia,” katanya dalam Forum Nikkei Medini Johor 2025 di sini semalam.

Anwar berkata, sehingga ki­ni 60 peratus produk semikonduktor serta sektor elektrik dan elektronik Malaysia dieksport ke AS.

“Jadi, walaupun berdepan tarif, kita perlu kekalkan kerjasama ekonomi kukuh dengan mereka.

“Sama juga dengan China, walaupun berdepan isu kete­gangan Laut China Selatan, namun kita tetap berhubungan baik sehingga Presiden China, Xi Jinping dan Premier China, Li Qiang berkunjung ke negara ini,” katanya.

Mengulas selaku Pengerusi ASEAN, Anwar berkata, seba­rang hubungan kerjasama perlu dibuat secara multilateral dan bukannya unilateral.

“Buktikan bahawa jika kita kekal berbaik dengan semua negara, kita dapat memanfaatkan hubungan tersebut dalam membangunkan potensi yang ada bukan sahaja untuk komuniti perniagaan, malah juga masyarakat setempat,” kata­nya.

Forum Nikkei Medini Johor selama dua hari bermula semalam bertemakan ‘Menerajui Hab Inovasi Asia’, menghimpunkan lebih 800 peserta dan delegasi secara kehadiran fizikal dan dalam talian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini