PETALING JAYA: Syarikat pengendali lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, hanya memperoleh markah keseluruhan 15 peratus dalam keputusan Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA). Markah itu amat rendah berbanding markah minimum lulus iaitu 70 peratus yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Laporan Awal Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan membabitkan nahas tragis yang berlaku pada 13 Mei lalu itu mendapati, syarikat…