PETALING JAYA: Kerajaan perlu lebih agresif membanteras sindiket penipuan pakej haji agar tiada lagi individu menjadi mangsa setiap kali musim ibadah tersebut. Pengarah Urusan Rayhar Travels Sdn. Bhd., Harun KC Ahmmu berkata, pihak tidak bertanggungjawab sering menggunakan pelbagai modus operandi yang berjaya mengaburi mata orang ramai. “Kerajaan perlu bertindak lebih proaktif dan sentiasa selangkah ke hadapan daripada sindiket ini. Bawa pesalah ke muka pengadilan melalui penguatkuasaan undang-undang khusus. Tindakan tegas…










