Kekal gandingan Abdul Hadi-Tuan Ibrahim

Kekal gandingan Abdul Hadi-Tuan Ibrahim

Mohd. Kamal Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas perlu me­ngekalkan gandingan Tan Sri Abdul Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai teraju kepemimpinan parti itu.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd. Kamal Mohamad berkata, ia selari dengan dasar parti itu yang meletakkan ulama sebagai peneraju kepemimpinan.

“Kepemimpinan ulama sudah menjadi dasar parti sejak dulu. Gandingan Presiden (Abdul Hadi) dan Timbalan Presiden (Tuan Ibrahim) sekarang perlu diteruskan,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, Pas masih memerlukan khidmat Abdul Hadi untuk terus memimpin kerana buah fikiran Presiden Pas itu masih segar dan tajam untuk arena politik negara dan antarabangsa.

“Sehingga saat ini, Tok Guru (Abdul Hadi) tidak menyatakan hasrat untuk berundur (sebagai Presiden Pas),” ujarnya.

Abdul Hadi sebelum ini dikatakan memberi bayangan untuk berundur daripada jawatan tersebut atas faktor kesihatan.

Difahamkan, Ahli Parlimen Marang itu menyampaikan hasrat itu kepada barisan kepemimpinan tertinggi dalam satu pemukiman parti pada hujung minggu lalu yang diadakan di Terengganu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN