KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberi peringatan agar tiada pihak yang menunggang agama untuk kepentingan politik dan menabur kebencian hingga memecah-belahkan masyarakat. Baginda turut mengingatkan para pemimpin masyarakat supaya tidak mempolitikkan agama Islam untuk kepentingan peribadi, tetapi mengislamkan politik demi kepentingan negara. Titah baginda, pemimpin wajar mengislamkan politik iaitu menegakkan nilai Islam dalam tatakelola, dasar dan tindakan bagi menjamin kesejahteraan rakyat serta kestabilan negara. “Oleh itu, janganlah ada…