Gempa bumi 5.8 skala Richter landa pusat peranginan Turkiye

Gempa bumi 5.8 skala Richter landa pusat peranginan Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 5.8 skala Richter melanda kawasan Marmaris di barat daya Turkiye pada awal pada Selasa, mengorbankan seorang remaja perempuan dan mencederakan puluhan yang lain.

Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia akibat serangan panik, manakala kira-kira 70 orang cedera di wilayah Mugla, ketika bergegas mencari tempat selamat termasuk ada yang terjun dari tempat tinggi.

“Di Fethiya, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bernama Afranur Gunlu dibawa ke hospital akibat serangan panik, tetapi disahkan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, tiada laporan awal mengenai bangunan kediaman yang musnah.

Gempa tersebut berlaku pada pukul 2.17 pagi (waktu tempatan), kira-kira 10 kilometer dari pantai Marmaris, kata agensi bencana AFAD.

Fethiyeh terletak sekitar 100 kilometer ke timur Marmaris.

Daripada jumlah yang cedera, 14 orang dirawat di tempat kejadian, lapan menerima rawatan segera sebelum dibenarkan pulang, manakala 46 lagi menerima rawatan di hospital.

Menurut agensi berita negara, Anadolu, banyak pusat peranginan tepi laut yang popular terletak di wilayah Mugla, termasuk Marmaris Bodrum dan Fethiye, menerima kunjungan 3.7 juta pelancong asing pada 2024.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN