BRUSSELS: Eropah bersedia untuk bertindak balas terhadap rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menggandakan tarif ke atas import keluli dan aluminium. Perkembangan itu sekali gus meningkatkan kemungkinan pertikaian perdagangan yang semakin meruncing antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia. Suruhanjaya Eropah meluahkan kekesalan dengan rancangan Trump untuk menaikkan tarif tersebut, dan menegaskan tindakan tersebut menganggu usaha untuk mencapai penyelesaian yang dirundingkan. “Keputusan ini menambah ketidaktentuan kepada ekonomi global dan…











