BANGKOK: Thailand kini berdepan gelombang baharu Covid-19 yang semakin membimbangkan, dengan lebih 111,000 jangkitan baharu dan 31 kematian direkodkan dalam tempoh seminggu. Pakar kesihatan dari Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn, Prof Madya Dr Thira Woratanarat mendedahkan di Facebook bahawa Covid-19 kini menjadi penyakit paling kerap dilaporkan di bawah pengawasan rasmi. “Lonjakan ini tidak boleh dipandang ringan. Jumlah kematian berkaitan Covid kini tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kematian akibat influenza,” katanya. Beliau turut mendedahkan lebih 400,000 orang mendapatkan rawatan akibat wabak itu sejak awal tahun, tidak termasuk mereka yang tidak pernah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya