Bapa terkilan gagal tunai permintaan Muhammad Adib makan jambu batu

Bapa terkilan gagal tunai permintaan Muhammad Adib makan jambu batu

HALIM Sidik sebak terkenangkan pokok jambu batu yang ditanamnya selepas buah tersebut tidak dapat diberikan kepada Muhammad Adib Hazim di Kampung Pangkalan Cina, Bachok, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Bapa kepada Muhammad Adib Hazim, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik Perak, kelmarin mengakui masih terkilan selepas gagal menunaikan permintaan anaknya itu untuk makan jambu batu yang ditanamnya.

Halim Sidik, 53, berkata, dia terpaksa menolak permintaan anak keenam daripada tujuh beradik itu kerana sudah berjanji memberikan buah tersebut kepada menantunya.

“Setiap kali terkenangkan perkara itu saya menjadi sedih. Sehingga ini perkara itu masih belegar-legar dalam fikiran saya.

“Hal ini kerana, Muhammad Adib Hazim acap kali meminta untuk makan jambu itu. Namun, saya pujuknya untuk makan buah tersebut semasa pulang nanti,” katanya semasa ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pangkalan Cina di sini hari ini.

Halim memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya itu pada Ahad lalu sebelum dia menaiki bas untuk pulang ke UPSI.

Katanya, sebelum itu Muhammad Adib turut meluahkan hasrat untuk makan bubur kacang merah semasa menghadiri majlis kenduri namun hidangan tersebut tidak disedikan.

“Perkara itu saya ketahui selepas dimaklumkan oleh anak bongsu. Saya telah berniat untuk masak sendiri untuk beri makan kepadanya namun tidak sempat.

“Bagaimanapun, saya akan masak bubur kacang merah itu untuk jamuan tahlil buat Muhammad Adib Hazim,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN