KOTA BHARU: Lebih 2 juta buah kenderaan dijangka akan masuk ke negari ini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bermula Sabtu ini.

Aidiladha: Lebih 2 juta kenderaan dijangka masuk Kelantan

LEBIH 2 juta kenderaan dijangka akan masuk ke Kelantan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Sabtu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 2 juta buah kenderaan dijangka akan masuk ke negari ini sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bermula Sabtu ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, jangkaan itu selepas sambutan Hari Raya Aidiladha jatuh pada musim cuti persekolahan.

“Orang Kelantan kebiasaannya akan pulang dan melaksanakan ibadah korban di sini.

“Keadaan itu pasti menyebabkan kesesakan lalu lintas di kebanyakan kawasan di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Townhall Ketua Polis Kelantan, Cakna Remaja: Elak Gejala Sosial, Bina Masa Depan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, pada masa sama Polis Kelantan telah mengenalpasti lokasi panas yang sering berlaku kemalangan pada Hari Raya Aidiladha kali ini.

Katanya, ia berpandukan kepada Ops Selamat yang dilaksanakan sempena Hari Raya Aidilfitri lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN