45 jangkitan salmonella berkaitan timun di AS

45 jangkitan salmonella berkaitan timun di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 45 individu di 18 negeri di Amerika Syarikat (AS) dijangkiti salmonella yang dikaitkan dengan timun, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Beberapa syarikat termasuk peruncit terbesar, Target, menarik balik produk mengandungi timun yang berkemungkinan tercemar.

Kes tersebut dilaporkan di seluruh Midwest dan Pantai Timur, dengan hampir satu pertiga daripadanya berlaku di Georgia serta Florida.

CDC memaklumkan, 16 individu dimasukkan ke hospital akibat bakteria, yang boleh menyebabkan cirit-birit, demam, kekejangan perut dan dehidrasi.

Pegawai kesihatan mengaitkan wabak itu dengan Bedner Growers, syarikat penanam timun berpangkalan di Boynton Beach, Florida, yang membekalkan hasilnya kepada pengedar borong dan terus kepada pengguna.

Menurut CDC, timur berkemungkinan tercemar itu diedarkan antara 29 April hingga 19 Mei dan dijual secara meluas kepada pasar raya serta restoran.

Dalam tempoh sebulan lalu, kira-kira 12 syarikat termasuk Bedner Growers dan pengedarnya menarik balik produk yang mengandungi timun.

Bedner Growers dalam satu kenyataan berkata, salmonella adalah isu kesihatan yang serius dan syarikat itu mengambil berat mengenai keselamatan produknya.

Katanya, penarikan balik secara sukarela dilakukan atas dasar berjaga-jaga dan menghormati kesihatan awam.

Bagaimanapun, langkah tersebut tidak melibatkan produk timun yang dijual selepas 14 Mei di pasaran Bedner Growers, mahupun produk lain milik syarikat itu.

CDC menganggarkan salmonella menyebabkan kira-kira 1.3 juta jangkitan setiap tahun di AS.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN