KANGAR: Pelbagai helah digunakan oleh para penyeludup untuk membawa masuk senjata api ke negara ini termasuk menggunakan lori sayur, ikan dan kontena. Penyeludup turut dikesan menggunakan perkhidmatan kargo, kereta api dan laluan laut selain menggunakan ‘khidmat’ pendatang asing tanpa izin (PATI) dan melalui lorong-lorong tikus di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand. Berdasarkan tangkapan dan rampasan oleh pihak berkuasa di sempadan negara di negeri ini, senjata api turut diseludup bersama dadah. Menurut Ketua…