KENTUCKY: Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh akibat puting beliung yang melanda kawasan tengah dan Selatan Amerika Syarikat (AS) dan telah merosakkan kediaman, kenderaan dan menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal. Gabenor Kentucky, Andy Beshear turut mengumumkan bahawa 18 kematian berlaku di negerinya dengan 10 lagi mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di hospital. Daripada jumlah korban itu, 17 kematian berlaku di Daerah Laurel di tenggara Kentucky, manakala seorang lagi di Daerah Pulaski melibatkan seorang anggota bomba veteran, Mejar Roger Leslie Leatherman yang berkhidmat selama 39 tahun dan terkorban ketika bertugas dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya