Barisan Kabinet baharu kukuhkan agenda reformasi kerajaan

Barisan Kabinet baharu kukuhkan agenda reformasi kerajaan

ANWAR Ibrahim menunjukkan senarai jemaah menteri baharu Kerajaan MADANI ketika sidang media khas bagi Pengumuman Anggota Kabinet Kerajaan MADANI di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini. UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan senarai barisan kepemimpinan baharu Kabinet yang akan meneruskan agenda pentadbiran dan pembangunan negara.

Menurutnya, pelantikan barisan Kabinet berkenaan dibuat bagi memastikan kerajaan terus berfungsi dengan berkesan serta mampu menangani cabaran semasa yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

“Saya menzahirkan harapan agar kesemua yang diberikan amanah ini dapat bekerja dengan penuh iltizam dan tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara sentiasa menjadi keutamaan,” katanya menerusi  kenyataan hari ini.

Anwar berkata, barisan kepemimpinan baharu itu juga diharap dapat memperkukuh pelaksanaan agenda reformasi Kerajaan Madani secara berterusan dan berfokus, selaras dengan aspirasi Malaysia yang lebih adil dan sejahtera.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada kepemimpinan sebelum ini atas sumbangan dan komitmen mereka. 

“Penghargaan dan ucapan terima kasih saya rakamkan kepada barisan pimpinan yang telah bersama dalam Kabinet sebelum ini atas khidmat bakti serta komitmen mereka dalam menjayakan agenda reformasi dan pembangunan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN