Rancang serangan konsert Lady Gaga, dua suspek ditahan - Utusan Malaysia

Rancang serangan konsert Lady Gaga, dua suspek ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRAZIL: Dua lelaki ditahan selepas disyaki merancang serangan terhadap komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ+) semasa konsert penyanyi terkenal, Lady Gaga di Rio de Janeiro, baru-baru ini.

Polis yang dipetik CNN memaklumkan, kedua-dua suspek terbabit cuba merekrut pengikut termasuk remaja bagi menjalankan serangan ketika konsert berlangsung, Sabtu lalu.

“Serangan tersebut dipercayai membabitkan penggunaan bahan letupan buatan sendiri dan bom botol atau Molotov.

“Tujuan utama serangan itu adalah untuk meraih kemasyhuran dalam media sosial.

“Kumpulan tersebut dikesan aktif dalam menyebarkan kebencian dalam talian dan menyamar sebagai peminat Lady Gaga untuk mempengaruhi golongan muda,” katanya.

Tambahnya, serangan tersebut berjaya digagalkan ketika Operation Fake Monster dijalankan oleh pihak berkuasa Brazil.

Sementara itu, dalam tangkapan berasingan, seorang lagi lelaki ditahan kerana merancang untuk melakukan ritual syaitan dengan membunuh kanak-kanak atau bayi semasa konsert berlangsung.

Menurut polis, suspek ketiga itu telah didakwa atas jenayah berkaitan keganasan dan hasutan jenayah yang serius.

“Suspek ketiga itu kini didakwa atas jenayah berkaitan keganasan dan hasutan jenayah serius,” katanya.

Pihak polis berkata bahawa operasi tersebut dijalankan secara senyap bagi mengelakkan panik dalam kalangan orang ramai.

“Kami menjalankan operasi ini dengan penuh berhemah dan teliti bagi mengelakkan panik atau penyebaran maklumat yang mengelirukan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Terdahulu, konsert percuma Lady Gaga itu mencipta sejarah apabila menghimpunkan lebih 2.1 juta penonton di Pantai Copacabana, sekaligus menjadikan konsert terbesar dalam kerjayanya sejak 2012. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya