PPM gagalkan cubaan lelaki seludup 400 liter petrol ke Thailand

PPM gagalkan cubaan lelaki seludup 400 liter petrol ke Thailand

SEBAHAGIAN petrol yang cuba diseludup ke Thailand dirampas dalam serbuan di Kampung Pauh Ganjah, Tumpat, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menggagalkan cubaan seorang lelaki menyeludup 400 liter petrol selepas menahan kereta yang dipandu individu tersebut di Kampung Pauh Ganja di sini semalam.

Rampasan dan tangkapan itu dilakukan menerusi operasi bersepadu bersama pasukan Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor Asisten Komisioner Zulafendy Hassan berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan itu telah menjumpai tong jerikin mengandungi 400 liter petrol di syaki untuk diseludup ke negara jiran.

“Kita turut mendapati kereta tersebut turut mempunyai tangki tambahan yang dipercayai digunakan untuk tujuan penyeludupan.

“Semasa ditahan, suspek gagal mengemukakan permit kebenaran daripada Pengawal Bekalan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Zulafendy memberitahu, suspek yang ditahan telah diserahkan kepada KPDN Kelantan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM8,940.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN