KANGAR: Kerajaan negeri menyasarkan hasil jualan mencecah RM900,000 sepanjang tiga hari berlangsungnya Festival Mango & Agricultural Industry (Permai) 2025 di dataran bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian negeri, Razali Saad berkata, jumlah berkenaan dijangka hasil daripada jualan seperti harumanis, produk makanan industri asas tani, pelbagai jenis flora, benih-benih pokok dan gerai jualan. Katanya, festival bermula dari 2 sehingga 4 Mei merupakan gabungan Hari Peladang, Penternak…











