PUTRAJAYA: Kes pengabaian kanak-kanak di negara ini meningkat hampir tiga kali ganda dalam tempoh lima tahun lalu dan kini dilihat mencapai tahap membimbangkan. Mengikut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kes pengabaian kanak-kanak pada 2020 berjumlah 1,618 kes meningkat kepada 4,126 kes tahun lalu. Akta Kanak-Kanak 2001 di bawah Seksyen 17 17(1)(d) menyatakan, pengabaian kanak-kanak merujuk kepada tidak menyediakan keperluan asas (makan minum, tempat tinggal, pakaian, kasih sayang dan pendidikan) dan…










