Pelajar YIK terlibat dengan dadah tidak dibuang sekolah - Utusan Malaysia

Pelajar YIK terlibat dengan dadah tidak dibuang sekolah

WAN Roslan Wan Hamat bercakap kepada media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang terlibat dengan dadah tidak akan di buang sekolah kerana tindakan tersebut bukan jalan penyelesaian terbaik untuk menangani penyalahgunaan najis itu.

Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, YIK lebih selesa mengamalkan perbincangan bersama ibu-bapa demi menyelesaikan masalah pelajar.

“Itu adalah konsep yang kerajaan negeri serta YIK gunakan kerana kita mahu mendidik dan bukan menghukum. Kita bincang langkah penyelesaian bersama ibu bapa termasuk apa tindakan yang sepatutnya diambil.

“Jika perlu dihantar ke pusat pemulihan, maka kita ambil langkah itu dengan persetujuan ibu bapa. Jika perlu dihantar ke institusi pondok atau sekolah-sekolah tertentu, juga kita buat dengan persetujuan ibu bapa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, langkah tersebut merupakan pendekatan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik demi memulihkan serta menambah baik kualiti diri pelajar.

“Kerajaan negeri juga sentiasa bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan menggalakkan agensi itu untuk sering pergi membuat pemeriksaan serta pemantauan di sekolah-sekolah YIK,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN