Mahasiswa diseru peroleh ilmu dengan nilai, moral

Mahasiswa diseru peroleh ilmu dengan nilai, moral

Nilai moral
ANWAR Ibrahim berucap pada program Temu Anwar IPTS dekat Management & Science University (MSU), di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahasiswa sebagai generasi muda diseru menerapkan nilai, moral dan etika ketika menuntut ilmu supaya dapat mengenalpasti makna kebenaran serta keadilan yang memberikan manfaat kepada masyarakat dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan universiti termasuk institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) bukanlah melatih mesin atau ‘lembu suci’ sebaliknya manusia yang diterapkan dengan nilai dan maruah.

“Perbezaan pendidikan, sama ada belajar semata-mata dengan mengenepikan etika moral, kita tidak melatih mesin. Kita latih manusia. Justeru saya merayu kepada kamu semua (mahasiswa) gunakan masa dengan bijak.

“Belia, para sarjana mula mempersoal adakah kita sudah kehilangan nilai. Kenapa kita menjadi rasis? Kenapa kita bercakap soal perbezaan, menyuarakan kebencian, menyinggung orang lain berdasarkan rupa dan warna. Apa yang tidak kena dengan kita?

“Jadi, biar kita tamatkannya (dengan) pendidikan. Kita melatih manusia, kita tidak melatih lembu. Lelaki dan wanita dikenalpasti dengan kerana sikap, nilai dan hormat kepada maruah,” katanya ketika berucap pada program Temu Anwar IPTS, hari ini.

Tambahnya, IPTS perlu menjadi sebahagian daripada pasukan yang bersama kerajaan untuk memberi peluang memiliki ilmu dan berasimilasi dengannya termasuklah peringkat pendidikan dan kepakaran dalam bidang sains baharu serta pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).

“Jangan hilang asas nilai, disitulah saya percaya etika dan agama kekal relevan. Saya tidak mencadangkan kamu meninggalkan atau membiarkan pemimpin dalam politik, profesor, tidak. Kamu juga kena faham tentang defisit keyakinan dalam dunia pasca normal,” jelasnya.

Selain itu, Anwar ketika sesi dialog pada program itu memaklumkan pengembangan AI di negara ini harus berteraskan kepada nilai, norma dan budaya masyarakat tempatan.

“Bagi saya tentunya AI sangat kritikal seolah-olah zaman revolusi industri – mesin, kemudian komputer, itu sudah jadi perkakasan atau keperluan yang sangat mendesak. Saya mengusulkan saudara dan saudari menceburi bidang itu, sangat diperlukan dan kita kekurangan berpuluh ribu jurutera dan kepakaran AI.

“Cuma ada satu hal yang saya hendak sebut, saya tanya tokoh di Microsoft, NVidia, Google sebab AI itu akan ‘memuntahkan’ ilmu yang masuk, kemudian dia hadam dan curahkan semula.

“Jadi, bagaimana penyelesaiannya? Penyelesaiannya adalah anak-anak kita harus punyai keupayaan untuk mampu memasukkan ilmu ataupun aplikasi supaya mampu bila muntah itu muntah dengan fahaman kita,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya