Kos rawatan klinik swasta naik 30 peratus?

Kos rawatan klinik swasta naik 30 peratus?

DR. SHANMUGANATHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kos rawatan kli­nik dan hospital swasta diramal meningkat sehingga 30 pe­ratus berikutan pematuhan pa­paran harga ubat yang dilaksanakan.

Pelaksanaan Akta Kawalan Har­ga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Nege­ri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menetapkan klinik dan hospital swasta serta farmasi perlu mem­pamerkan harga ubat yang disediakan.

Presiden Persekutuan Persatuan Doktor Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr. Shan­­­mu­­ganathan T. V. Ganeson ber­­­­­ka­ta, pihaknya menjangka pe­­­­­­­­­­­­­­­­­laksanaan Akta 723 akan me­nye­babkan implikasi kewangan ke­pada pesakit kerana klinik swasta perlu mengasingkan caj yang selama ini dimasukkan ke dalam harga ubat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, peraturan itu me­nye­babkan bil meningkat ke­rana kos operasi perlu di­pa­parkan secara berasingan sekali gus mengganggu model rawatan sedia ada yang akhirnya mem­bebankan pesakit.

“Anggaran awal menunjukkan bil pesakit boleh mening­kat antara 10 peratus hingga 30 peratus bergantung kepada je­nis rawatan dan ubat yang di­berikan.

“Ini kerana, klinik swasta perlu mengasingkan caj-caj yang sebelum ini dise­rap ke dalam harga ubat.

“Dalam sesetengah kes, pe­ningkatan boleh mencecah RM10 hingga RM30 atau lebih bagi satu rawatan biasa,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Pada 6 Mei lalu, kira-kira 200 doktor dan pengamal perubatan berhimpun di Laman Perdana berhampiran Bangunan Perdana Putra, Putrajaya membantah pelaksana­an Akta 723 yang mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan.

Kumpulan tersebut mula ber­himpun kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum 10 daripada peserta dike­tuai wakil Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr. R. Thirunavukarasu memasu­ki Bangunan Perdana Putra untuk menye­rahkan dokumen memorandum.

Antara tuntutan komuniti itu adalah Akta 723 disemak semula, dengan meletakkan profesion perubatan sepenuhnya di bawah Akta 586 yang dilihat memadai untuk mengawal selia amalan perubatan dan perkhidmatan kesihatan swasta.

Beliau berkata, walaupun pelaksanaan Akta 723 dibantah oleh klinik swasta, kebanyakan fasiliti kesihatan itu telahpun memaparkan harga ubat di premis masing-masing setelah arahan tersebut digazetkan pada 1 Mei lalu.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini, bil pesakit di klinik swasta masih kekal kerana semua pihak masih menunggu keputusan KKM dalam isu tersebut.

“Caj di klinik swasta ketika ini adalah bersifat pukal (bundled), ia merupakan satu sistem yang lebih murah jika dibandingkan dengan kaedah berasingan.

“Jika tiada perubatan keputusan daripada KKM dan arahan ini diteruskan selepas tempoh penangguhan (grace period), FPMPAM jangka peningkatan kos akan mula dirasai pesakit seawal Ogos depan.

“Ini kerana, klinik perlu mula mengasingkan kos yang selama ini dimasukkan ke dalam satu caj keseluruhan. Maksudnya, pesa­kit akan mula melihat senarai caj dikenakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini