ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 92 lagi cedera dalam insiden yang disebabkan oleh hujan lebat dan angin kencang di wilayah Punjab, timur-tengah Pakistan, semalam. Lebih 10 maut akibat runtuhan sebuah rumah usang dan berada di lokasi yang tidak selamat di beberapa kawasan di Punjab, lapor akhbar Dawn, memetik Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA). Seorang pekerja maut, manakala lima lagi cedera apabila bumbung sebuah kilang runtuh akibat angin kencang,…











