BANGKOK: Sekurang-kurangnya hampir 200 murid tadika dari sebuah sekolah di wilayah Udon Thani dikejarkan ke Hospital Somdet Phra Yupparat Ban Dung, dipercayai akibat keracunan makanan.
Petugas perubatan berusaha mengenal pasti punca kejadian apabila kebanyakan kanak-kanak tersebut menunjukkan gejala cirit-birit dan muntah.
Murid mula mengalami simptom pada petang semalam, selepas pulang dari sekolah.
Ibu bapa melaporkan bahawa anak mereka makan nasi ayam dan pencuci mulut, lod chong taeng thai pada waktu tengah hari.
Selepas menjamu makan itu, kanak-kanak mula menunjukkan simptom cirit-birit dan muntah.
Insiden yang disyaki keracunan makanan itu menyebabkan hampir 200 murid memerlukan rawatan di hospital.
Situasi itu mengakibatkan bilik kecemasan di hospital berkenaan menjadi sesak, dengan beberapa kes dilaporkan akibat jangkitan saluran penghadaman.
Susulan itu, pengurusan sekolah mengumumkan penutupan pada Jumaat, lapor Thaiger.
Sementara itu, Gabenor Udon Thani, Rachan Sunhua melawat murid yang terjejas dan menggesa siasatan lanjut dilakukan.- AGENSI










