Guru muda China maut akibat kerja lebih masa

Guru muda China maut akibat kerja lebih masa

SEORANG guru di China maut di pejabatnya akibat serangan jantung selepas dibebani tekanan melampau.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang guru muda di Wuhan meninggal dunia di pejabatnya akibat serangan jantung selepas dibebani tekanan melampau dan kerja lebih masa yang berterusan.

Lapor South China Morning Post, mangsa dikenali sebagai Li dan berusia lewat 20-an itu sudah bekerja selama lima tahun di sebuah syarikat pendidikan dalam talian yang menawarkan kursus Bahasa Inggeris dan Matematik kepada pelajar sekolah rendah serta menengah.

Syarikat itu dikatakan mempunyai lebih 160 juta pengguna.

Menurut laporan media tempatan, Li mengurus lebih 400 pelajar dan kerap bekerja lebih enam jam sehari secara lebih masa.

Sebelum cuti panjang baru-baru ini, beliau bekerja beberapa hari tanpa rehat bagi menyiapkan tugasan.

Pada 22 April lalu, Li dilaporkan bekerja hingga lewat malam dan tunangnya segera membuat laporan polis selepas gagal menghubunginya.

Keesokan paginya, seorang tukang cuci menemui Li dalam keadaan tidak sedarkan diri di pejabatnya dan disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pihak berkuasa buruh tempatan berkata, keluarga Li dan syarikat terbabit sedang menyediakan dokumen untuk mengesahkan kematiannya mempunyai kaitan dengan kerja lebih masa.

Kes itu menarik perhatian ramai di media sosial China, dengan topik berkaitan mencecah lebih 70 juta tontonan.

Syarikat tempat Li bekerja turut dikritik kerana budaya kerja lebih masa yang melampau.

Bekas pekerja mendedahkan, guru di syarikat itu perlu melaporkan kepada penyelia jika ingin ke tandas atau makan, selain menghadapi tekanan prestasi tinggi hingga mendorong mereka untuk kerja lebih masa secara sukarela.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×