PUTRAJAYA: Projek mega Grid Tenaga ASEAN menghubungkan kabel dasar laut dari Vietnam ke Semenanjung Malaysia dan seterusnya ke Singapura adalah kejayaan paling signifikan bagi ASEAN tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu dilihat pencapaian paling signifikan Sidang Kemuncak ASEAN. Beliau berkata, kejayaan itu bukan sekadar pengumuman retorik tetapi telah diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan program dan projek, sejajar dengan dasar peralihan tenaga negara. “Kita bukan sekadar membuat…