PETALING JAYA: Hartal Doktor Kontrak mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) gagal menunaikan janji untuk mengadakan sesi townhall bagi menjelaskan isu berkaitan sistem e-penempatan, meskipun sebelum ini dimaklumkan sesi libat urus itu akan dilaksanakan. Menurut jurucakap kumpulan itu, tiada sebarang maklumat terkini diterima setakat ini, sekali gus menimbulkan rasa kecewa dan hilang kepercayaan dalam kalangan petugas kesihatan. “Tiada. Walaupun diberitahu akan ada sesi townhall, tapi sehingga kini masih tiada apa-apa info,” katanya…