Dinding tahan ombak dibina, penduduk tarik nafas lega

Dinding tahan ombak dibina, penduduk tarik nafas lega

KERJA-KERJA pembinaan dinding penahan ombak yang dilaksanakan di Jalan Mengabang Telipot, Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Penduduk yang tinggal berhampiran Jalan Mengabang Telipot di pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini, menarik nafas lega apabila projek membina dinding penahan ombak untuk mengawal hakisan mula dilaksanakan minggu ini.

Penduduk terlibat sebelum ini berada dalam kebimba­ngan kerana rumah mereka boleh dihanyutkan ombak besar sekiranya tiada tindakan diambil untuk mengawal haki­san di pantai tersebut terutama pada Monsun Timur Laut (MTL) nanti.

Seorang penduduk, Mohd. Nazri Mat Amin, 48, berkata, dia sentiasa bimbang terhadap keselamatan keluarganya memandangkan kedudukan rumahnya semakin dekat dengan pantai tersebut akibat hakisan serius pada musim tengkujuh lalu.

Katanya, dia lega melihat kerja-kerja membina dinding penahan ombak itu bermula dan diharapkan berkesan menyelamatkan kawasan pantai ini.

“Saya tidak dapat gambarkan nasib penduduk yang bakal berhadapan risiko bahaya sekiranya tiada usaha diambil mengawal hakisan pantai. Saya tidak mempunyai tanah lain untuk berpindah sekiranya hakisan pantai berlaku lebih buruk selepas ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Projek pembinaan dinding penahan ombak bernilai RM5 juta yang dibiayai kerajaan negeri dijangka siap Oktober ini.

Seorang pengusaha chalet, Maziah Ali, 56, pula berkata, kedudukan rumah dan chalet miliknya kini tinggal kira-kira 30 meter dari pantai selepas berlaku hakisan buruk pada MTL lalu.

Katanya, projek pembinaan dinding penahan ombak dan pemecah ombak juga sedang dalam pembinaan di pantai itu yang dijangka dapat menga­wal berlaku hakisan lebih serius.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN