China bangunkan sistem AI terjemah bahasa haiwan

China bangunkan sistem AI terjemah bahasa haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Gergasi teknologi China, Baidu, memfailkan paten dengan Pentadbiran Harta Intelek Negara untuk sistem kecerdasan buatan (AI) yang direka bagi menterjemah suara dan bahasa tubuh haiwan ke dalam pertuturan manusia.

Menurut pemfailan tersebut, sistem itu akan mengumpul dan menganalisis data seperti bunyi anjing dan kucing serta petunjuk tingkah laku menggunakan model AI untuk mentafsir makna yang boleh difahami manusia.

Baidu mendakwa, teknologi itu berpotensi meningkatkan komunikasi antara manusia dan haiwan, bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga ekspresi emosi.

Bagaimanapun, projek itu masih di dalam fasa penyelidikan dan belum mempunyai garis masa yang disahkan untuk pelancaran atau pelaksanaan praktikal.

Inisiatif itu menarik perhatian pencinta haiwan peliharaan di China, walaupun ramai mempersoalkan keberkesanan dengan merujuk kepada ketidaktepatan alat terjemahan haiwan sedia ada.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×