KUALA LUMPUR: Negara anggota ASEAN perlu memperkukuh kerjasama tenaga serantau sebagai sebahagian daripada strategi menjayakan kemakmuran bersama. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerjasama rentas sempadan dalam sektor tenaga dapat dilihat menerusi jalinan strategik antara Laos, Malaysia, Thailand dan Singapura. “Sebagai contoh, Laos menjual tenaga kepada Singapura tetapi bekalan itu perlu melalui Thailand dan Malaysia. Jadi, Laos perlu membayar caj pengangkutan kerana menggunakan grid tenaga kita. “Namun, apabila…