Akta PDA 1974 kunci penyelesaian Petronas-Petros

Akta PDA 1974 kunci penyelesaian Petronas-Petros

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan dan Sarawak perlu memberikan keutamaan kepada penggunaan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 (Akta 144) berhubung konflik bersama Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknolog Mara (UiTM) Seremban, Shahidah Abdul Razak berkata, Akta 144 telah menetapkan kuasa-kuasa setiap negeri dan Persekutuan bagi mengelak konflik dan mengimbangi kuasa antara satu sama lain.

“Apabila berlakunya konflik di antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan maka kerajaan Persekutuan adalah menjadi keutamaan. Akta 144 telah memutuskan bahawa kerajaan Pusat diberikan hak sepenuhnya atas pengurusan petroleum secara menyeluruh sebagai badan melindungi kepentingan negara.

“Maka akta ini adalah yang terpakai. Ini bagi memudahkan urusan tata kelola dan urusan yang membabitkan pendapatan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg bersetuju untuk memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini untuk mempermudahkan rundingan antara Petronas dan Petros.

Anwar berkata, langkah itu penting bagi memastikan potensi besar yang telah dikenal pasti daripada kerjasama Petronas dan Petros dapat diteroka secara menyeluruh dan dilaksanakan dengan berkesan, termasuk menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN.

Kata Shahidah, perundangan yang jelas sangat diperlukan bagi membantu memberikan situasi menang-menang melibatkan konflik antara kedua-dua pihak membabitkan kerajaan Pusat dan negeri serta syarikat petroleum itu.

“Dua-dua belah pihak perlu memutuskan secara adil dan saksama bagi memberikan keadaan menang-menang. Ini juga bagi memastikan kestabilan hubungan di antara kerajaan Sarawak dan Persekutuan.

“Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang jelas dalam akta ini dan kerajaan negeri Sarawak seharusnya memberikan keutamaan kepada kepentingan negara berbanding kepentingan negeri dalam soal ini,” katanya.

Sementara itu, Felo Penyelidik Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Mohamad Isa Abd Jalil berkata, adalah penting bagi konflik antara Persekutuan dan negeri perlu dielakkan daripada berlanjutan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN