WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump menggantikan laman web Covid-19, yang dahulunya menyediakan maklumat penting berkaitan pandemik, dengan kandungan berunsur teori ‘kebocoran makmal’. Laman web Covid.gov, yang sebelum ini menyediakan maklumat penting berkaitan saringan percuma, vaksin, rawatan dan kesan jangka panjang, kini memaparkan imej penuh Trump dan mengkritik dasar pandemik yang dilaksanakan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden. Laman baharu itu turut mengkritik bekas pegawai kesihatan tertinggi, Anthony Fauci dan Pertubuhan…