WASHINGTON: Presiden Donald Trump menegaskan dasar tarifnya ‘berfungsi dengan baik’, walaupun China menaikkan levi ke atas barangan Amerika Syarikat (AS) sehingga 125 peratus. Pelabur mula melepaskan pegangan terhadap bon kerajaan AS, dolar merosot dan pasaran saham tidak menentu selepas tindakan balas Beijing terhadap Trump meningkatkan kebimbangan mengenai pasaran global yang sedia terjejas. Trump menyebabkan pasaran kewangan merosot dengan mengumumkan cukai import menyeluruh ke atas puluhan rakan perdagangan minggu lalu. Namun,…