Tiada lagi zon kemanusiaan untuk rakyat Gaza

Tiada lagi zon kemanusiaan untuk rakyat Gaza

SEORANG kanak-kanak Palestin berdiri di sebelah pintu masuk khemah perlindungan di Bandar Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Israel secara senyap berhenti menetapkan kawasan di Gaza sebagai zon kemanusiaan sejak ia menyambung semula serangan terhadap wilayah Palestin itu bulan lalu.

Tindakan itu meningkatkan kebimbangan dalam kalangan pekerja bantuan terhadap keselamatan orang awam yang berlindung di kawasan sebelum ini dianggap ‘selamat’.

Dalam mesyuarat bersama agensi bantuan, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan COGAT, unit kerajaan Israel yang menyelaras dasar di Gaza, dilaporkan mengelak daripada menjawab soalan mengenai zon kemanusiaan, menurut seorang pegawai kanan antarabangsa yang enggan dinamakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak berkuasa Israel tidak menunjukkan sama ada mereka akan mengembalikan semula status zon kemanusiaan.

“Ada logiknya di situ, jika mereka tidak mengembalikannya, maka mereka juga tidak menjamin keselamatan pergerakan dalam zon tersebut untuk pekerja bantuan atau orang awam,” kata sumber.

Sebidang tanah kecil di selatan Gaza ditetapkan oleh Israel pada Disember 2023 sebagai ‘zon kemanusiaan’, di mana orang awam dimaklumkan mereka boleh berkumpul dengan selamat.

Kawasan itu diperluaskan Mei lalu untuk meliputi kawasan yang lebih besar di barat daya Gaza, termasuk Khan Younis, Deir al-Balah dan al-Mawasi.

Sehingga Januari, zon kemanusiaan itu ditandakan pada peta yang dimuat naik ke dalam talian dan dijatuhkan dari udara oleh IDF, menyebabkan lebih juta orang berhimpun di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, zon tersebut dianggap tidak begitu selama apabila data rasmi menunjukkan sekurang-kurangnya 28 serangan Israel sebelum Januari, manakala siasatan BBC menganggarkan 97 serangan dengan 550 orang terbunuh.

Puluhan ribu rakyat Palestin terus berhimpun di al-Mawasi kerana ramai yang masih percaya ia adalah zon perlindungan.

Namun, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kawasan itu diserang sebanyak 23 kali sejak gencatan senjata berakhir.

Minggu lalu, dua peluru berpandu Israel menyasarkan kem pelarian di al-Mawasi, menyebabkan puluhan khemah terbakar dan mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa serta mencederakan yang lain.- THE GUARDIAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN