Selangor kerjasama dengan polis, JKNS atasi penularan HIV

Selangor kerjasama dengan polis, JKNS atasi penularan HIV

HIV Selangor
ANFAAL Saari menyampaikan ucapan pelancaran Program Selangor Care Accelerator (XCARE) 2025 dekat Pustaka Raja Tun Uda, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan polis serta Jabatan Kesihatan Negeri (JKNS) bagi mencari penyelesaian terhadap masalah penularan penyakit Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang dilaporkan meningkat dalam kalangan remaja dan belia.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat berkaitan penularan penyakit tersebut serta data berkaitan dadah dan isu sosial.

“Kami akan cuba dapatkan maklumat mengenai kes HIV di negeri daripada JKNS. Kami juga akan minta data berkaitan dadah dan isu sosial daripada polis Selangor.

“Daripada semua data ini, kami akan cari langkah penyelesaian supaya dapat kurangkan jumlah remaja dan belia menjangkiti HIV,” katanya selepas majlis pelancaran program Selangor Care Accelator (XCARE) 2025, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan peningkatan kes HIV melalui aktiviti seksual meningkat di kalangan belia dan remaja bawah 30 tahun.

Setiausaha Kehormat Majlis AIDS Malaysia (MAC), Dr. Zaiton Yahya berkata, kes jangkitan virus ini melalui jarum suntikan menunjukkan penurunan, namun jangkitan HIV melalui aktiviti seksual pula meningkat.

Jelas Anfaal, Kerajaan Selangor mengambil serius kerana kes itu tidak sepatutnya meningkat memandangkan pelbagai usaha oleh agensi kerajaan supaya dapat mengurangkan jangkitan virus tersebut terutama dalam kalangan belia dan remaja.

“Di bawah kerajaan negeri, tidak ada (program) spesifik, tetapi di bawah LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara), ada program yang dibuat seperti Kafe Teen, yang memberikan kesedaran kepada remaja mengenai HIV,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya