PTTI tawarkan insentif RM500 kepada pelajar cemerlang SPM - Utusan Malaysia

PTTI tawarkan insentif RM500 kepada pelajar cemerlang SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI – PTTI Group Sdn Bhd menganjurkan majlis penghargaan untuk meraikan pelajar-pelajarnya sempena pencapaian cemerlang keputusan SPM 2024.

Dalam majlis tersebut, PTTI mengumumkan pemberian insentif khas sebanyak RM500 kepada pelajar yang berjaya memperoleh keputusan Straight A.

Pelajar boleh menuntut insentif RM500 atau mendapatkan konsultasi pendidikan percuma melalui laman rasmi PTTI, www.ptti.my.

Setakat ini, seramai 13,469 pelajar PTTI mencatat peningkatan prestasi, dengan sasaran sekurang-kurangnya 1,000 pelajar mencapai keputusan Straight A tahun ini.

Sepanjang 2024, lebih 179,000 pelajar dari seluruh negara telah mengikuti program anjuran PTTI, termasuk kelas percuma, seminar akademik dan motivasi, serta bimbingan berstruktur.

PTTI telah menjalankan lebih 300 siri ‘School Tour’ di seluruh Malaysia dan 10 sesi Roadtour SPM di beberapa negeri terpilih sebagai usaha memperkukuh sistem pendidikan negara.

Bagi calon SPM Batch 08, PTTI turut melancarkan program Seminar Gelombang G ke Straight A yang berlangsung secara dalam talian dari 24 hingga 28 April 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman, menyatakan harapan agar lebih ramai pelajar mampu menukar keputusan Gagal kepada Straight A melalui platform dan sokongan yang ditawarkan PTTI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya