Pengundi mahu wakil rakyat rangka program majukan IKS

PRK Ayer Kuning: Pengundi mahu wakil rakyat rangka program majukan IKS

MOHAMMAD SHAHRIZAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Ayer Kuning berharap, calon yang terpilih dapat merangka program latihan berterusan untuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

Bagi usahawan perternakan ayam kampung kacuk, Mohammad Shahrizal Laaros, 43, dia bersyukur kerana kerajaan sedia ada memberi bantuan yang secukupnya.

“Saya mendapat bantuan daripada Perbadanan Pembangunan Negeri Perak (SADC) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk ternakan moden ayam sejak tahun lalu.

“Biarpun pendidikan saya sekadar tingkatan tiga, saya boleh menjana pendapatan mencecah empat angka sebulan,” katanya di Kampung Kenangan di sini, semalam.

Dia berharap wakil rakyat baharu yang terpilih nanti dapat merangka program latihan berterusan kepada usahawan sepertinya untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup semasa.

“Saya ingin menambah ilmu dunia keusahawan selain mempelajari bidang pemasaran ter­utama media sosial untuk capaian pembeli yang lebih luas.

“Harap program latihan dan kemahiran dapat diperbanyakkan pada masa depan supaya ramai usahawan IKS seperti saya dan lain mendapat manfaat,” katanya.

ROSHANIDA KHALID

Roshanida Khalid, 37, yang berniaga secara kecil-kecilan berkaitan produk makanan di kampung sama turut mengharap­kan kursus keusahawanan dapat ditambah untuk usahawan kecil sepertinya meningkatkan kemahiran.

“Soal infrastruktur dan kemudahan awam memang diperlukan terutama akses jalan, lampu jalan selain dewan orang ramai. Saya yakin wakil rakyat baharu dapat melaksanakannya secara berperingkat.

“Yang lebih penting, penduduk kampung dapat menambah pendapatan dan mengelak mereka berhijrah ke bandar besar lain kerana kekurangan peluang pekerjaan di kampung atau pekan kecil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN