Penduduk gelisah, kera pecah masuk rosakkan harta benda

Penduduk gelisah, kera pecah masuk rosakkan harta benda

SITI Nora Akma Mohd. Ghazali menunjukkan tingkap rumah yang dipecahkan kera liar dan dijadikan laluan untuk menceroboh masuk ke rumahnya di Kampung Bukit Pelong, Setiu, Terengganu. - UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Penduduk di sekitar Kampung Bukit Pelong, di sini hidup dalam kegelisahan apabila sekumpulan kera ‘meme­cah masuk’ rumah mereka dan merosakkan harta benda.

Gangguan haiwan itu berlarutan sejak tahun lalu dan semakin agresif sejak kebelaka­ngan ini.

Seorang penduduk, Siti Nora Akma Mohd. Ghazali berkata, dalam tempoh sebulan sudah empat kali kera-kera liar itu menceroboh masuk ke rumah­nya melalui ruang angin dan tingkap.

“Haiwan ini merosakkan barangan seperti lampu dan peralatan dapur. Ia turut melarikan makanan-makanan kering serta beras” katanya ketika ditemui di kampung itu, semalam.

Menurut Siti Nora Akma, kumpulan kera itu turut ‘mengganas’ semasa Hari Raya Aidilfitri lalu yang mengakibatkan rumahnya bersepah dan merosakkan barangan menyambut perayaan itu ketika dia dan keluarganya tiada di situ.

Malah katanya, kera berke­naan semakin berani masuk ke dalam rumah meskipun ada penghuni selain cuba mengancam keselamatan mereka.

“Saya memiliki anak kecil dan bimbang sekiranya haiwan ini bertindak lebih agresif sehingga mendatangkan kecederaan kepada anak-anak,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Fairul Aznizam Zahari, 39, berkata, pelbagai inisiatif dilakukan bagi mengelakkan haiwan itu menceroboh rumahnya terma­suk menutup ruang angin rumah dan tingkap yang pecah menggunakan papan dan kotak.

“Walaupun kita tutup tempat-tempat yang dipercayai menjadi jalan masuknya, kera-kera ini tetap merosakkannya dan masuk mencari makanan di dalam rumah.

Katanya, selain rumah penduduk, haiwan liar itu me­ngancam orang ramai dengan mengejar mereka yang lalu-lalang di kawasan kampung serta bermain berdekatan taman asuhan kanak-kanak.

“Kami berharap masalah itu dapat segera ditangani bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Aduan telah dibuat kepada Jabatan Perlin­dungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan dia dimaklumkan tindakan sewajarnya akan diambil bagi me­ngatasinya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya