Lima kilogram beras RM131 di Jepun

Lima kilogram beras RM131 di Jepun

NOTIS memaklumkan 'bekalan beras tidak stabil' ditampal pada rak yang kosong di sebuah pasar raya di Jepun.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Jepun mengimport beras dari Korea Selatan buat pertama kali dalam tempoh 25 tahun, sebagai langkah menangani kenaikan harga dan meredakan kemarahan pengguna yang semakin meningkat.

Menurut laporan media, beras dari Korea Selatan tiba di Jepun bulan lalu buat kali pertama sejak tahun 1999, ketika harga beras tempatan terus meningkat walaupun kerajaan cuba meredakan tekanan terhadap pembeli.

Harga beras yang ditanam di Jepun kini lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu, mendorong permintaan terhadap beras import yang lebih murah, walaupun dikenakan tarif tinggi.

Jumlah beras Korea Selatan yang dijual secara dalam talian dan di pasar raya masih rendah, namun menurut penyiar awam NHK, terdapat rancangan untuk menghantar tambahan 20 tan dalam beberapa hari akan datang.

Walaupun pengguna Jepun secara tradisinya meragui kualiti dan rasa beras import, krisis semasa memaksa mereka untuk menerima serta menyesuaikan diri.

Menurut agensi berita Yonhap, eksport beras Korea Selatan ke Jepun dijangka mencapai tahap tertinggi sejak 1990, sementara krisis itu membuka peluang eksport baharu kepada pengeluar dari Amerika Syarikat (AS).

Dalam minggu pertama bulan ini, harga beras di pasar raya Jepun mencecah 4,214 yen (RM131.00) bagi lima kilogram (kg), lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Aliran itu memaksa kerajaan Jepun mengambil langkah luar biasa dengan menggunakan sebahagian rizab beras negara.

Mac lalu, kerajaan mula melepaskan 210,000 tan beras yang disimpan sebagai usaha mengekang kenaikan harga yang didorong oleh beberapa faktor seperti gelombang haba, pembelian panik dan masalah pengedaran.

Sebelum ini, Jepun hanya menggunakan rizab berasnya selepas bencana alam atau kegagalan tanaman, namun ini merupakan kali pertama kerajaan campur tangan disebabkan isu pengagihan.- THE GUARDIAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×