JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warganegara China maut, manakala rakannya melecur dalam kejadian kebakaran rumah teres satu tingkat di Taman Daya, malam tadi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, Wu Zhongdi, 47, ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia, manakala rakan serumah mangsa berjaya menyelamatkan diri. “Punca kebakaran masih dalam siasatan forensik bomba dan polis. Setakat ini tiada unsur…










