TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup (KDPN) Kelantan membongkarkan taktik licik seorang lelaki tempatan yang mengubahusai tangki sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk tujuan penyeludupan ke negara jiran.
Suspek tersebut ditahan pada pukul 3.45 petang semalam di sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu menerusi Operasi Bersepadu KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor.
Pengarahnya Azman Ismail berkata, sebaik sahaja berjaya menahan suspek anggota bertugas terus melakukan pemeriksaan dan menjumpai 75 liter petrol dan 15 liter diesel.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mengubahusai tangki itu dengan mengasingkan petrol dengan diesel.
“KPDN Kelantan turu merampas empat helai resit pembelian minyak dari stesen berkenaan dan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM15,198.45.
“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Azman memberitahu, pihaknya turut menjalan siasatan ke atas stesen minyak berkenaan yang dipercayai melanggar arahan Pengawal Bekalan.
Katanya, beberapa dokumen penting termasuk dokumen jual beli bahan bakar itu, salinan lesen, buku stok serta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk siasatan lanjut.










